Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT BERBLOG KEMBALI...

Sudah sekian lama aku tidak berblog diblog sendiri. Kesannya, aku agak kelam mencari password aku untuk sign-in...hehehe..bukannya apa, dunia baru aku kini sebagai warga mahasiTUA pasca siswazah menjadikan aku 'mabuk' dengan proposal aku yang sedang dalam pembikinan. Hingga ke saat ini, aku telah membaikpulih proposal aku masuk kali yang ke 7. Walaubagaimanapun, ini satu perkembangan yang positif dalam dunia penulisan proposal dan tesis. Penyelia aku (Dr Suhaila Abdullah) dan penyelia bersama aku (Dr Ratna Roshida Abd Razak) sangat membantu aku dalam pembikinan kerja-kerja aku. Alhamdulillah aku dapat penyelia dan penyelia bersama yang baik dan cekap.
Semenjak aku menjadi warga kampus USM, cukup banyak cubaan dan halangan yang telah aku tempuh untuk menjadikan alam pembelajaran aku berjalan dengan lancar dan sempurna. Bayangkan, betapa peritnya aku yang terpaksa berulang-alik dari Kuang, Rawang ke Ipoh dalam sepanjang bulan Ramadhan dan seminggu dalam bulan Syawal semata-mata tersilap percaturan. Kalu dihitung dari sudut tenaga, wang ringgit, masa dan macam-macam lagi memang tidak berbaloi. Namun, demi melihat anak-anak membesar di depan mata, aku korbankan keselesaan. Alhamdulillah segala kepenatan dan kepayahan berjalan dengan selamat di bawah perlindungan Ilahi.
Kini aku kembali membereskan kerja-kerja proposal aku yang agak tertangguh sebulan lamanya. Hari ini tanggal 28 okt 2009, aku akan bertemu dengan co-supervisor aku untuk mendapatkan kembali draf ke 2 proposal yang telah aku hantar pada 22 okt 2009 yang lalu. Penyelia utama aku telah kembalikan draf ke 2 aku pada 23 okt 2009 (baca draf aku yang setebal 68 halaman hanya memakan masa satu hari sahaja!). Respect sungguh ngan penyelia-penyelia aku nie, penuh effective dan pro active.
Wife aku pulak masih belum dapat result sama ada akan register sebagai mahasiswi UKM atau UM. USM dah rejected application wife aku untuk PhD, on the other hand USM offer Master pulak. Pelik bin ajaib sebab wife aku dah ada Master dan permohonannya adalah untuk PhD level. So, wife aku pun avoid USM offer. Mungkin kerana USM kini bertaraf Apax, so depa nak quality candidates only kot.
Teringat aku kepada madah pujangga "korbankan yang penting kerana yang lebih penting". Aku kesiankan anak sulung aku yang kini terpaksa memerap di rumah lantaran kesibukan mak ayahnya. Anak aku (Zulfa Az Zahirah) tidak dapat ke sekolah untuk sesi persekolahannya (tahun 1) kerana aku tidak mahu anak aku membersar bukan di depan mata aku. Maklumlah, budak masih kecil dan memerlukan perhatian ibu bapa. Tambahan pula, aku telah menghubungi Guru Hem SK Kuang untuk memaklukan kondisi sebenar. Guru Hem tersebut memahami keadaan kami lalu meminta kami menghatar surat rasmi memaklumkan keadaan yang sebenar.
Seperkara lagi, dunia pembelajaran tahap dan kondisi kini memerlukan bantuan daripada mak bapak. Aku tidak dapat tidak terpaksa 'menyusahkan' mak bapak aku dan sebelah isteri aku untuk membantu sekadar upaya menjaga anak-anak aku tika aku tiada di rumah (masuk kampus for attending some short workshop or course). Kadang-kadang aku terpaksa mengangkut mereka untuk berkampung di Ipoh untuk beberapa ketika.
Semoga segala usaha dan pengorbanan akan diberi kejayaan dan keberkatan daripadaNya. Amin. Setakat di sini dahulu coretan aku.
Salam perjuangan.
ABU ZARRIN SELAMAT
PhD Candidate,
School of Humanities,
Science University of Malaysia

Tuesday, July 7, 2009

AKU SEORANG MAHASISWA PASCASISWAZAH USM





Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi pilihan aku bagi meneruskan siri pemburuan aku untuk bergelar ahli akademik yang sohor. Selain USM, aku juga mendapt tawaran untuk melanjutkan pengajian di UKM namun, setelah dicampur, ditolak dan dibahagi maka aku memilih untuk bersama USM. Semoga pilihan 'jodoh' ku ini tepat dan diberkati Allah.
Maka detik 070709 (07 Julai 2009), rasmilah sudah status aku sebagai mahasiswa pascasiswazah USM. Mudah2 tarikh keramat ini akan menjadi detik permulaan bagi aku untuk menggapai impian ke kemuncak impian bergelar Doktor Falsasafah (Dr). Tarikh laku kad siswa aku dari 2009 hingga 2014. Walaubagaimanapun aku bernekad sedaya mungkin untuk memegang scrol PhD pada 2012..amin7x ya Rabbal'alamin...



























Sunday, July 5, 2009

KONVOI KE ARAU


perjalan pulang ke Ipoh, jam 10 mlm br nak bergerak ke Ipoh.


Tu ayah aku..tengah tunggu hidangan sampai..

srupppp...perh!!! Radix...hehehehe...mei sechawannnnn..


Itu mak aku (tudung cokelat), abg aku pun pekena radix maaa...bekalan utk jalan jauh malamnya..destinasinya TM.


Restoran Lynda, Kuala Perlis menjadi tempat menjamu kami..restoran yang biasa aku pergi masa kursus persediaan PhD dulu.


kat Padang Besar, shopping berpada-pada jer..


kepenatan, lending kat mesjid negeri arau. lepas hantar adik daftar kt UiTM Arau..


asrama Dahlea, tempat adik aku mendaftar sebagai pelajar. Amik course Dip. Plantation Managment..


sesi pendaftaran sudah bermula di pintu masuk UiTM lagi...siap seperate lagi pelajar laki2 ngan pelajar perempuan....memang effisen lah depa buat keja...


Menginap kat desa mahasiswa UUM, Jitra, Kedah satu malam. pastu padi2 pas subuh bergerak ke Arau...tu tengah packing2 nak bergeraklah tuuuu...
Pada 27 Jun 09 (Sabtu) aku rushing pulak ke Perlis sebab nak iring adik aku mendaftar Diploma kat UiTM Arau, Perlis. Dalam 2 miggu nie aku memang macam lipas kudung...apa tak nye..16-19 jun aku kursus kat Pangkor, pastu 23-29 Jun berada kat PD plak dan 27 Jun terus menghala ker Utara Malaysia...perhhhh....memang "kaki panjang" betul aku nie...apapun aku gembira dengan aktiviti-aktiviti yang aku buat..itu yg paling penting...pasnie kaki aku tak panjang sangat kot sebab dah sebuk ngan buat research. mungkin destinasi aku lepas nie ialah library2 jer..antara library yg akan aku kunjungi ialah UM, UKM, UIAM, USM, Pusat islam dan lain2 library yg berkenaan.
doakan perjuangan sy semoga berjaya..
Bakal Dr...

BERKAMPUNG DI SELESA BEACH RESORT

Pada 23-26 Jun yang lalu aku sekeluarga berkampung di Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Aku, anak-anak dan ibu mertua ku terpaksa 'berkursus' kat situ selama 4 hari sebab mengikuti isteri aku yang kena attend kursus wajib KPM sebab dia dapat scholarship PhD. Alhamdulillah 4 hari jer, tak macam aku yang kena kursus sampai 5 minggu kat Perlis. Kami terpaksa pergi sebab twin kami masih menyusu badan so, nak tak nak kena pergi bawak semua sekali. Kesian anak2 sulung dan no 2 sebab terpaksa ponteng sekolah, tapi depa lagi seronok sebab boleh mandi manda kat swimming pool, tengok pantai dan makan enak-enak kat resort tu..depa seronok ler sebab tak payah pikir apa-apa. Aku nie lah yang bengkok sikit sebab kena spend much money dengan kena sewa bilik hotel lain, lunch dan dinner lagi, minyak kereta lagi, souvenir dan lain-lain rencam. Hotel bagi 'free' break fisrt jer...sengkek aku dooooo...tapi tak per lah sebab Allah nak bagi rezeki kat satu sudut lain iaitu dapat PhD sama-sama. Alhamdulillah...Duduk PD taklah membosankan sebab banyak lokasi yang boleh dilawati seperti ATM museum, pantai-pantai yang cantik-cantik, kedai makan yang agak enak dan lain-lain. Kalu kena kursus macam kat Pauh Inn, Perlis macam aku kena duluuuu....emmmmm...entahlah tak tau apa nak buat...Allah sahaja yang tahu betapa deritanya kena kursus kat sana. Di sini aku lampirkan foto-foto kenangan-kenangan semasa kat PD.


Dalam Museum ATM



Posing kat depan meriam zaman penjajah

Zahirah dan Haziq di depan kereta kebal dan jeep ATM lama


Aku pun tak lepaskan peluang posing kat depan jet

Zahirah dan Faaiz di depan jet pejuang






az Zahirah dan Haziq tengah mandi di swimming pool.










masa kat tepi pantai.






view dari bilik hotel mengadap pantai PD. damai...







twin aku (Faaiz dan Faaizah) tengan posing kat pokok kelapa. hehehe







hari mula-mula masuk hotel..faaizah main telefon hotel...kena charge woooo...baby pun dah pandai guna telefon...













Saturday, June 20, 2009

HOBI DAN KEGIATANKU


Ketika menyertai Kejohanan Badminton Staf politekni Ungku Omar..Dari kiri Azman Gaji, En Hishanuddin HEP, aku, Hanafiah, Supa'at, Wong Tuc Sang, Mansur dan Siva.


Ketika mengikuti Kursus Kejurulatihan Badminton BAM di Politeknik Seberang Perai.


ketika menyertai pertandingan Bowling antara Belia daerah Kinta anjuran Majlis Belia Kinta. Dapat naib Johan. Ahli kumpuan aku ialah aku, Supaat, Khuzairi dan Shukri.


Ketika aku menyertai Kursus Analisa Kuantitatif untuk Staf Politeknik dan Kolej Komuniti yang dapat melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Gambar kenang-kenangan bersama penceramah Dr Razak Dali.


Gambar ketika konvokesyen TASKI anak sulung aku (Zulfa az Zahirah) di ILP, Jalapang. Aku masa tu memegang jawatan sebagai EXCO ABIM Kinta (Biro Dakwah dan Kerohanian).

KELUARGA SEBELAH KU


Gambar kenang-kenangan bersama mak bapak aku, adik beradik, anak-anak buah aku semasa hari keluarga 2009. Kakak aku ngan husband dia jer yg tak ada dalam gambar tu. Bebara orang anak dia ada sekali.

Friday, June 19, 2009

KELUARGA SEBELAH ISTERIKU


Ini gambar raya 2008 di kediaman mertuaku di Kuang, Gombak. Yang tak ada dalam gambar ialah adik ipar. Wife aku ada 3 orang jer adik beradik, 2 lelaki dan sorang perempuan.

HARI KELUARGA SG NIBONG


Adik aku yg akn belajar ke UiTM, Arau tengah berucap (nagis bebbb)


Adik aku nombor 1 tengan berucap...lenjun jugakkkkk

Bakal Dr tgah bagi ucapan merangkap motivasi kepada adik-adik dan anak buah


Abang no dua aku jugak tak ketinggalan bagi ucapan..


Ucaptama daripada abg no wahid...


Paman aku (Ust Ishak merangkap penceramah program motivasi) tengan bagu hadiah kat mak bapak aku..

Romentiknya pasangan mak bapak aku tengah potong kek Hari Ibu Bapa...


Paman aku tengan bagi tips motivasi..


Sanak saudara aku tengan menikmati juadah kenduri....


Abang no 2, kakak dan adik aku tgah bertungkus lumus masak Sambal tahun...perhhhh...mengengat pedasnya tapi sedap yobb...

Pada 14 Jun 2009, bertempat di teratak mak dan bapak di Sg Nibong, Sekinchan kami sekeluarga berkumpul adik beradik (kecuali kak som yang hanya menghantar 'waki') untuk meraikan hari keluarga dan hari ibu dan bapa. Antara agendanya ialah cermah motivasi, teka-teki, penyampaian hadiah kepada mak bapak. Sebelum itu, pada malam harinya diadakan majlis usrah, doa selamat dan doa arwah. Majlis usrah merupakan program rutin setiap malam sabtu di kampung aku. Kenduri doa selamat pula diselitkan sempena mensyukuri kejayaan adik-beradik melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Didahului dengan aku yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di USM, adik no dua aku yang belajar di Kolej Komuniti Kuala Langat, adik no tiga aku yang berjaya melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma di UiTM Arau dan adik bongsu aku yang akan menduduki peperiksaan PMRnya pada tahun ini. Kenduri doa awrah pula dihadiah kan tahlil kepada arwah-arwah embah-embah dan kaum kerabat terdekat yang telah kembali kerahmatullah.










PROMOTION STRATEGY FOR LIFE LONG LEARNING COURSE























16-19 Jun 2009, aku dikehendaki untuk menghadiri kursus CPCM ( Career Path Copentency Matrix) yang bertajuk Promotion Strategy For Life long Learning di Puteri Bayu Beach Resort, Pasir Bogak, Pulau Pangkor.

Pada asalnya aku agak kecewa juga sebab tidak dapat mengiring para pemain-pemain badminton PUO aku ke Kejohanan Badminton dan Squash Majlis Sukan Politeknik Malaysia yang di adakan di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Kecewa amat kepalang sebab aku yg bertungkus lumus melatih mereka, namun akhirnya aku tak dapat pergi rupanya.

Hari pertama aku lending kat Pangkor, aku rasa macam tak best jer maklumlah hati dah 'terluka' tambahan pula penceramah (en Mohsen bn Amdan) muda belia lagi. Tapi bila dah lama-lama rupanya dia nie hebat orangnya. Ceramah tak renti-renti cakap...ada ajer idea dia nk cakap..pastu aktiviti-aktivitinya pula memang seronok...kira oklah aku kat pangkor nie...

Monday, June 15, 2009

BERITA GEMBIRA


Tanggal 16 Jun 2009, jam 12.45 mlm aku dan isteriku dikunjungi oleh berita yang sangat mengembirakan iaitu isteriku juga dapat biasiswa PhD dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Baru pagi semalam (15 jun 2009) aku uruskan permohonannya untuk menyambung pengajiannya di universiti yang sama dengan universiti yang aku apply iaitu Universiti Sains Malaysia (USM).
Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan keluarga, adik beradik dan teman-teman sepejabat akhirnya kami dapat menyambung pengajian di peringkat tertinggi bersama-sama setelah kami bersama-sama mengharungi pengajian peringkat Master di Universiti Malaya.
Mudah-mudahan kami akan mendapat kejayaan yang gilang gemilang dengan memperolehi PhD pada tahun 2012, amiiinnn..

TERATAK KU






Inilah teratakku yang terletak di no 7, Jalan Desa Ampang 23, Taman Rasi Ampang, 31400 Ipoh, Perak.