Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT BERBLOG KEMBALI...

Sudah sekian lama aku tidak berblog diblog sendiri. Kesannya, aku agak kelam mencari password aku untuk sign-in...hehehe..bukannya apa, dunia baru aku kini sebagai warga mahasiTUA pasca siswazah menjadikan aku 'mabuk' dengan proposal aku yang sedang dalam pembikinan. Hingga ke saat ini, aku telah membaikpulih proposal aku masuk kali yang ke 7. Walaubagaimanapun, ini satu perkembangan yang positif dalam dunia penulisan proposal dan tesis. Penyelia aku (Dr Suhaila Abdullah) dan penyelia bersama aku (Dr Ratna Roshida Abd Razak) sangat membantu aku dalam pembikinan kerja-kerja aku. Alhamdulillah aku dapat penyelia dan penyelia bersama yang baik dan cekap.
Semenjak aku menjadi warga kampus USM, cukup banyak cubaan dan halangan yang telah aku tempuh untuk menjadikan alam pembelajaran aku berjalan dengan lancar dan sempurna. Bayangkan, betapa peritnya aku yang terpaksa berulang-alik dari Kuang, Rawang ke Ipoh dalam sepanjang bulan Ramadhan dan seminggu dalam bulan Syawal semata-mata tersilap percaturan. Kalu dihitung dari sudut tenaga, wang ringgit, masa dan macam-macam lagi memang tidak berbaloi. Namun, demi melihat anak-anak membesar di depan mata, aku korbankan keselesaan. Alhamdulillah segala kepenatan dan kepayahan berjalan dengan selamat di bawah perlindungan Ilahi.
Kini aku kembali membereskan kerja-kerja proposal aku yang agak tertangguh sebulan lamanya. Hari ini tanggal 28 okt 2009, aku akan bertemu dengan co-supervisor aku untuk mendapatkan kembali draf ke 2 proposal yang telah aku hantar pada 22 okt 2009 yang lalu. Penyelia utama aku telah kembalikan draf ke 2 aku pada 23 okt 2009 (baca draf aku yang setebal 68 halaman hanya memakan masa satu hari sahaja!). Respect sungguh ngan penyelia-penyelia aku nie, penuh effective dan pro active.
Wife aku pulak masih belum dapat result sama ada akan register sebagai mahasiswi UKM atau UM. USM dah rejected application wife aku untuk PhD, on the other hand USM offer Master pulak. Pelik bin ajaib sebab wife aku dah ada Master dan permohonannya adalah untuk PhD level. So, wife aku pun avoid USM offer. Mungkin kerana USM kini bertaraf Apax, so depa nak quality candidates only kot.
Teringat aku kepada madah pujangga "korbankan yang penting kerana yang lebih penting". Aku kesiankan anak sulung aku yang kini terpaksa memerap di rumah lantaran kesibukan mak ayahnya. Anak aku (Zulfa Az Zahirah) tidak dapat ke sekolah untuk sesi persekolahannya (tahun 1) kerana aku tidak mahu anak aku membersar bukan di depan mata aku. Maklumlah, budak masih kecil dan memerlukan perhatian ibu bapa. Tambahan pula, aku telah menghubungi Guru Hem SK Kuang untuk memaklukan kondisi sebenar. Guru Hem tersebut memahami keadaan kami lalu meminta kami menghatar surat rasmi memaklumkan keadaan yang sebenar.
Seperkara lagi, dunia pembelajaran tahap dan kondisi kini memerlukan bantuan daripada mak bapak. Aku tidak dapat tidak terpaksa 'menyusahkan' mak bapak aku dan sebelah isteri aku untuk membantu sekadar upaya menjaga anak-anak aku tika aku tiada di rumah (masuk kampus for attending some short workshop or course). Kadang-kadang aku terpaksa mengangkut mereka untuk berkampung di Ipoh untuk beberapa ketika.
Semoga segala usaha dan pengorbanan akan diberi kejayaan dan keberkatan daripadaNya. Amin. Setakat di sini dahulu coretan aku.
Salam perjuangan.
ABU ZARRIN SELAMAT
PhD Candidate,
School of Humanities,
Science University of Malaysia

No comments:

Post a Comment