Sunday, July 5, 2009

BERKAMPUNG DI SELESA BEACH RESORT

Pada 23-26 Jun yang lalu aku sekeluarga berkampung di Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Aku, anak-anak dan ibu mertua ku terpaksa 'berkursus' kat situ selama 4 hari sebab mengikuti isteri aku yang kena attend kursus wajib KPM sebab dia dapat scholarship PhD. Alhamdulillah 4 hari jer, tak macam aku yang kena kursus sampai 5 minggu kat Perlis. Kami terpaksa pergi sebab twin kami masih menyusu badan so, nak tak nak kena pergi bawak semua sekali. Kesian anak2 sulung dan no 2 sebab terpaksa ponteng sekolah, tapi depa lagi seronok sebab boleh mandi manda kat swimming pool, tengok pantai dan makan enak-enak kat resort tu..depa seronok ler sebab tak payah pikir apa-apa. Aku nie lah yang bengkok sikit sebab kena spend much money dengan kena sewa bilik hotel lain, lunch dan dinner lagi, minyak kereta lagi, souvenir dan lain-lain rencam. Hotel bagi 'free' break fisrt jer...sengkek aku dooooo...tapi tak per lah sebab Allah nak bagi rezeki kat satu sudut lain iaitu dapat PhD sama-sama. Alhamdulillah...Duduk PD taklah membosankan sebab banyak lokasi yang boleh dilawati seperti ATM museum, pantai-pantai yang cantik-cantik, kedai makan yang agak enak dan lain-lain. Kalu kena kursus macam kat Pauh Inn, Perlis macam aku kena duluuuu....emmmmm...entahlah tak tau apa nak buat...Allah sahaja yang tahu betapa deritanya kena kursus kat sana. Di sini aku lampirkan foto-foto kenangan-kenangan semasa kat PD.


Dalam Museum ATM



Posing kat depan meriam zaman penjajah

Zahirah dan Haziq di depan kereta kebal dan jeep ATM lama


Aku pun tak lepaskan peluang posing kat depan jet

Zahirah dan Faaiz di depan jet pejuang






az Zahirah dan Haziq tengah mandi di swimming pool.










masa kat tepi pantai.






view dari bilik hotel mengadap pantai PD. damai...







twin aku (Faaiz dan Faaizah) tengan posing kat pokok kelapa. hehehe







hari mula-mula masuk hotel..faaizah main telefon hotel...kena charge woooo...baby pun dah pandai guna telefon...













No comments:

Post a Comment