Saturday, May 1, 2010

Hari-hari yang pilu

sejak 23 march 2010, aku rasa diri ini sering pilu, sedih dan syahdu bilamana aku terkenangkan akan si putera puteri yg comel2 dan pintar2..rindu sungguh pada mereka apatah lagi gelak tawa mereka, tangisan mereka, kelincahan mereka, kemanjaan mereka, pelukan mereka..sejak itu juga aku tidak mempunyai kekuatan utk berjumpa dgn mereka, utk bergurau senda dgn mereka, utk memeluk tubuh mereka, utk menciup pipi dan dahi mereka. mujurlah talian hayat ku yg terakhir utk mendengar suara2 mereka tidak di sekat..itupun dengan susah payah utk menghubungi mereka utk berbual dgn mereka kerana telefon mudah alih yg aku hadiahkan utk anak sulung aku dikawal ketat oleh umminya...yang paling menyayat hati dan merobek2 jantung dan perasaan aku ialah bila mana aku dapat hubungi anak2 aku setelah 2 minggu aku tak contek mereka. itu pun setelah hati aku betul2 rindu sbb sebelumnya aku telah terguris hati lantara anak aku kata "kalu ayah ambik kakak, nanti ayah tak pulangkan balik kakak kt ummi" aduhhhhh...dari mana anak yg berusia 8 thn boleh menutur kalimah2 seumpama ini? kalu tak ada org yg 'meracun' fikirannya, pd fikiran aku agak mustahil anak2 seusia ini boleh menutur kata2 org yg cukup dewasa..

pada 15 april 10 yg lalu, aku ada menghubungi hp yg aku belikan utk anak2 aku tapi tak ada nada dering (seolah2 simkadnya telah ditanggalkan drp hp atau baterinya dah kong)..sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...pilu aku nk meneruskan nukilan aku nie...cukupal setakat nie..kalu ada mood yg baik aku sambung balik..

Sunday, January 3, 2010

KISAH MEMORY DUKA LAGI LARA
Sudah lama juga aku tak menukilkan sesuatu dalam laman blog aku. Sian ngan blog aku nie kerana cukup banyak kali aku abaikan tanggungjawab aku kat 'dia'..hehehe. Kali ini aku nak kongsikan satu pengalaman hitam yang telah melanda seorang sahabat aku. Dia merupakan seorang pendidik yang berkelulusan agama dalam negara. Dalam nukil aku ini aku namakan dia dengan si Zack dan isterinya aku namakan dengan si Milah. Kisahnya yang pernah diceritakan pada aku gini....
Zack telah mendirikan rumah tangga dengan Milah sejak tahun 1999 di sebuah daerah yang bernama daerah Gombak. Perkenalan mereka berdua nie adalah hasil orang tengah yang sepengajian dengan Zack iaitu Jua. Sebenarnya Zack amat meminati si Jua sebab perwatkan si Jua nie cukup memenuhi citarasa Zack. Kata Zack kat aku, Jua nie cukup manja, ramah, penyayang, berbudi bahasa dan pandai jaga hati kawan-kawan. Pendek kata si Zack nie memang dah lentok giler lah ngan si Jua nie. Tapi malangnya, bila Zack nak close lagi ngan si Jua nie, Jua kata dia dah bertunang ngan sorang mamat Mesir yang bernama Syauqi. Malang betul nasib di Zack nie.
Zack kata kat aku yang dia cukup sedih sebab tak dapat nak 'memiliki' si Jua nie. Apa punya mamat lah kau ni Zack, bunga bukan sekuntum lah..belambak lagi bunga yang kau boleh petik lah, bunga kemboja, kekwa, raya, tahi ayam pun ada kalu kau nak..ujar aku. Tapi, yang aku terharu plak, si Jua nie volunteer nak carikan penggantinya untuk Zack..macam filem korea lah korang nie...hahaha. Nak balas budi lah tu konon. Apa pun si Zack setuju ngan cadangan si Jua tu. So, esoknya Jua tunjukkan sekeping gambar yang mengandungi beberapa orang perempuan di dalamnya. Tanpa banyak fikir, Zack berkenan dengan sorang perempuan yang bersusuk kecil lagi comel, namanya ialah Milah.
Selepas tu, Jua pun buat plan untuk mempertemukan si Zack ngan si Milah nie...fuhh mcm adengan hindustan lah pulak...si Jua nie memang setanding lah ngan director ahmad nisfu hehehe..pandai buat arrangment babak lakonan yang mendebarkan..hahaha. Selepas tu, Zack ngan Milah pun berdikari sendiri tanpa bantuan si pengarah filem, Jua.
Zack dan Milah nie adalah seorang graduan lulusan agama, alaaaa ustaz dengan ustazah gituuu.. Zack bercerita kat aku pasal perkenalan mereka semasa di universiti. Menurut Zack, si Milah nie memang kasar gaya bahasanya. Pernah sekali tu zack mendapat title 'gila' daripada milah bila zack bercandak mengajak milah balik kampung naik motor dengannya. Terkejut biawak zack masa tu. Kata zack 'kok iyer tak nak naik ngan aku pun, usahlah kata gia kat aku, aku gurau jer. Cubalah kata yang elok-elok ker asalkan maksud tercapai', gitulah keluh zack aku. Aku pun sependapat dengan zack, bak kata pepatah 'menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak'.
Kini sudah 10 tahun perkongsian hidup zack dengan milah. Hasil perkongsian mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata yang comel-comel dan cerdas-cerdas otaknya. Menurut zack, anak-anaklah yang menjadi penglipur lara zack sebab kalu nak diikutkan feel si Milah zack dah tak tahan lagi dah. Apa tidaknya kata zack hampir setiap minggu, kadang-kadang hampir setiap hari ada sahaja isu nak dijadikan punca pergaduhan. Pasal rakan sepejabatlah, pasal tak sihatlah, pasal kena sihirlah, pasal badminton lah, pasal duitlah, pasal adik beradik lah, pasal mak ayah lah, pasal rumah lah, pasal keretalah, pasal anak-anaklah, pasal ipar duailah...haiiiii..macam-macam betul lah pasangan ustaz ustazah nie..aku yang dengar keluhan zack pun naik bengkekkk jer aku ngan si Milah tu..nasib baik bukan bini aku..kalu bini aku tuuu...perrhhh..silap-silap kena kutil-kutil si milah tu..huhuhu.
Zack pun pernah cakap kat aku yang si Milah pernah dan telah nusyuz dengan Zack. Menurut dia, setelah dia rujuk pada seorang ustaz. Kata uztaz tu nusyuz terhabagi kepada dua iaitu nusyuz yang boleh mendapat hak selepas perceraian dan yang satu lagi ialah nusyuz yang tidak mendpat hak selepas berlaku penceraian. Nusyuz yang pertama ialah nusyuz yang berbentuk isteri tidak taat suamu, tidak hormat suami dan tidak ikut cakap suami. Sementara nusyuz yang kedua ialah isteri keluar dari rumah tanpa izin suami atau isteri tidak mahu tinggal di rumah yang telah disediakan oleh suami. Aku tanya zack, Milah nusyuz yang mana satu? Zack kata "dua-dua dia dah buat Rin". Aku kata..."astaghfirllahal azim..kenapa dan mcm mana boleh terjadi nie?" Zack cakap kat aku yang Milah tu selalu marah-marah, tengking-tengking, herdik-herdik, perlekeh, lawan cakap, tak nak ikut cakap dan tak taat suami. Milah jugak pernah beberapa kali keluar rumah yang zack sediakan dan beli tanpa pengetahuan dan izin daripada zack.
Peristiwa yang paling dahsyat pasal keluar rumah tanpa izin zack ialah pada 25 Disember 2009 yang lalu. Menurut zack kejadian berlaku masa kat rumah mak bapak zack. Menurut zack tragedi 25 dis tu adalah rentetan dari peristiwa kenduri doa selamat di rumah zack iaitu pada 6 disember 2009. Sebenarnya zack, milah, mak bapak zack dan mak ayah milah merancang hendak melakukan umrah. So, zack telah bertungkus lumus menguruskan segala keperluan yang berkaitan dengan umrah tu. Soal kenduri di rumah zack, semua idea adalah hasil daripada milah tapi nampaknya milah macam tak buat sungguh-sungguh pun. Milah buat macam biasa jer, seolah-olah macam tak ada gotong royong langsung kat rumah dia.
13 dis 2009 pulak kenduri di rumah mak bapak zack. Menurut zack di sinilah titik permulaan letusan krisis rumah tangganya meletup bagai gunung berapi mengeluarkan laharnya.....
sambung selepas iklan...(dah nak masuk maghrib so kena mempersiapkan diri ke surau)