Saturday, June 20, 2009

HOBI DAN KEGIATANKU


Ketika menyertai Kejohanan Badminton Staf politekni Ungku Omar..Dari kiri Azman Gaji, En Hishanuddin HEP, aku, Hanafiah, Supa'at, Wong Tuc Sang, Mansur dan Siva.


Ketika mengikuti Kursus Kejurulatihan Badminton BAM di Politeknik Seberang Perai.


ketika menyertai pertandingan Bowling antara Belia daerah Kinta anjuran Majlis Belia Kinta. Dapat naib Johan. Ahli kumpuan aku ialah aku, Supaat, Khuzairi dan Shukri.


Ketika aku menyertai Kursus Analisa Kuantitatif untuk Staf Politeknik dan Kolej Komuniti yang dapat melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Gambar kenang-kenangan bersama penceramah Dr Razak Dali.


Gambar ketika konvokesyen TASKI anak sulung aku (Zulfa az Zahirah) di ILP, Jalapang. Aku masa tu memegang jawatan sebagai EXCO ABIM Kinta (Biro Dakwah dan Kerohanian).

KELUARGA SEBELAH KU


Gambar kenang-kenangan bersama mak bapak aku, adik beradik, anak-anak buah aku semasa hari keluarga 2009. Kakak aku ngan husband dia jer yg tak ada dalam gambar tu. Bebara orang anak dia ada sekali.

Friday, June 19, 2009

KELUARGA SEBELAH ISTERIKU


Ini gambar raya 2008 di kediaman mertuaku di Kuang, Gombak. Yang tak ada dalam gambar ialah adik ipar. Wife aku ada 3 orang jer adik beradik, 2 lelaki dan sorang perempuan.

HARI KELUARGA SG NIBONG


Adik aku yg akn belajar ke UiTM, Arau tengah berucap (nagis bebbb)


Adik aku nombor 1 tengan berucap...lenjun jugakkkkk

Bakal Dr tgah bagi ucapan merangkap motivasi kepada adik-adik dan anak buah


Abang no dua aku jugak tak ketinggalan bagi ucapan..


Ucaptama daripada abg no wahid...


Paman aku (Ust Ishak merangkap penceramah program motivasi) tengan bagu hadiah kat mak bapak aku..

Romentiknya pasangan mak bapak aku tengah potong kek Hari Ibu Bapa...


Paman aku tengan bagi tips motivasi..


Sanak saudara aku tengan menikmati juadah kenduri....


Abang no 2, kakak dan adik aku tgah bertungkus lumus masak Sambal tahun...perhhhh...mengengat pedasnya tapi sedap yobb...

Pada 14 Jun 2009, bertempat di teratak mak dan bapak di Sg Nibong, Sekinchan kami sekeluarga berkumpul adik beradik (kecuali kak som yang hanya menghantar 'waki') untuk meraikan hari keluarga dan hari ibu dan bapa. Antara agendanya ialah cermah motivasi, teka-teki, penyampaian hadiah kepada mak bapak. Sebelum itu, pada malam harinya diadakan majlis usrah, doa selamat dan doa arwah. Majlis usrah merupakan program rutin setiap malam sabtu di kampung aku. Kenduri doa selamat pula diselitkan sempena mensyukuri kejayaan adik-beradik melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Didahului dengan aku yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di USM, adik no dua aku yang belajar di Kolej Komuniti Kuala Langat, adik no tiga aku yang berjaya melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma di UiTM Arau dan adik bongsu aku yang akan menduduki peperiksaan PMRnya pada tahun ini. Kenduri doa awrah pula dihadiah kan tahlil kepada arwah-arwah embah-embah dan kaum kerabat terdekat yang telah kembali kerahmatullah.










PROMOTION STRATEGY FOR LIFE LONG LEARNING COURSE























16-19 Jun 2009, aku dikehendaki untuk menghadiri kursus CPCM ( Career Path Copentency Matrix) yang bertajuk Promotion Strategy For Life long Learning di Puteri Bayu Beach Resort, Pasir Bogak, Pulau Pangkor.

Pada asalnya aku agak kecewa juga sebab tidak dapat mengiring para pemain-pemain badminton PUO aku ke Kejohanan Badminton dan Squash Majlis Sukan Politeknik Malaysia yang di adakan di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Kecewa amat kepalang sebab aku yg bertungkus lumus melatih mereka, namun akhirnya aku tak dapat pergi rupanya.

Hari pertama aku lending kat Pangkor, aku rasa macam tak best jer maklumlah hati dah 'terluka' tambahan pula penceramah (en Mohsen bn Amdan) muda belia lagi. Tapi bila dah lama-lama rupanya dia nie hebat orangnya. Ceramah tak renti-renti cakap...ada ajer idea dia nk cakap..pastu aktiviti-aktivitinya pula memang seronok...kira oklah aku kat pangkor nie...

Monday, June 15, 2009

BERITA GEMBIRA


Tanggal 16 Jun 2009, jam 12.45 mlm aku dan isteriku dikunjungi oleh berita yang sangat mengembirakan iaitu isteriku juga dapat biasiswa PhD dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Baru pagi semalam (15 jun 2009) aku uruskan permohonannya untuk menyambung pengajiannya di universiti yang sama dengan universiti yang aku apply iaitu Universiti Sains Malaysia (USM).
Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan keluarga, adik beradik dan teman-teman sepejabat akhirnya kami dapat menyambung pengajian di peringkat tertinggi bersama-sama setelah kami bersama-sama mengharungi pengajian peringkat Master di Universiti Malaya.
Mudah-mudahan kami akan mendapat kejayaan yang gilang gemilang dengan memperolehi PhD pada tahun 2012, amiiinnn..

TERATAK KU






Inilah teratakku yang terletak di no 7, Jalan Desa Ampang 23, Taman Rasi Ampang, 31400 Ipoh, Perak.

KELUARGA KU


Tanggal 9 Mei 1999 aku telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan ku iaitu Azahria binti Mohamed Nor. Alhamdulillah, hingga kini kami telah dikurniakan 4 orang anak-anak yang pintar, cerdas dan comel-comel. Gerangan-gerangan mereka ialah :
1. Zulfa az Zahirah (5 Mac 2002)
2. Ahmad Husnul Haziq (1 Jan 2004)
3. Ahmad Husnul Faaiz (15 Jan 2008)
4. Zulfa al Faaizah (15 Jan 2008)

Isteri ku kini berkhidmat di SMK Anderson, Ipoh. Beliau juga sedang menunggu keputusan biasiswa dari KPM untuk menyambung pengajiannya di peringkat PhD juga. Kami adalah graduan yang sama pada kedua-dua peringkat iaitu Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban.

TEMPAT KERJA KU


Tanggal 01 Febuari 2003, aku telah dipostingkan di bumi Ipoh, Perak dengan ditawarkan jawatan sebagai PPPS DG 41. Dengan berbekalkan kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Diploma Pendidikan (Cemerlang) Pengajian Islam aku berjaya menempatkan diriku di Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh, Perak.
Hingga kini, sudah 6 tahun aku berkhidmat di PUO. Aku bertugas di Unit Agama dan Moral, Jabatan Pengajian Am sebagai seorang pensyarah agama. Akhir bulan jun 09 nie adalah hari terakhir aku bertugas di PUO sebab selepas nie aku kena berjihad pulak di USM, Pulau Pinang sebagai seorang mahasiTUA. Alhamdulillah, rezeki aku di PUO agak murah kerana aku telah diberi biasiswa untuk melanjutkan pengajian aku di peringkat yang tertinggi dalam dunia akademik iaitu PhD. InsyaAllah aku akan melanjutkan pengajian aku dalam bidang Tamadun Islam. Harap aku beroleh kejayaan dengan membawa pulang title Doktor Falsafah dan diselitkan pada nama ku (Dr Abu Zarrin) pada tahun 2012 nanti, amin...

BIOGRAFI KU


ABU ZARRIN BIN SELAMAT
Pensyarah Tamadun Islam
Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Ungku Omar,
Ipoh, Perak

M.A Pengajian Peradaban (UM),
B.A (Hons) Usuluddin (UM),
Dip. Edu. Pengajian Islam (KOPEDA),
Ijazah Perubatan Islam (As Syifa')