Monday, June 15, 2009

BERITA GEMBIRA


Tanggal 16 Jun 2009, jam 12.45 mlm aku dan isteriku dikunjungi oleh berita yang sangat mengembirakan iaitu isteriku juga dapat biasiswa PhD dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Baru pagi semalam (15 jun 2009) aku uruskan permohonannya untuk menyambung pengajiannya di universiti yang sama dengan universiti yang aku apply iaitu Universiti Sains Malaysia (USM).
Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan keluarga, adik beradik dan teman-teman sepejabat akhirnya kami dapat menyambung pengajian di peringkat tertinggi bersama-sama setelah kami bersama-sama mengharungi pengajian peringkat Master di Universiti Malaya.
Mudah-mudahan kami akan mendapat kejayaan yang gilang gemilang dengan memperolehi PhD pada tahun 2012, amiiinnn..

1 comment: